Skip to main content

Dunia

Permit ziarah Rawdah kini dikeluarkan setahun sekali, beri 10 min saja buat jemaah

Anggaran Waktu Membaca:
Permit ziarah Rawdah kini dikeluarkan setahun sekali, beri 10 min saja buat jemaah

Jemaah di luar Masjid Nabawi pada 24 Januari 2004. (Gambar: AFP)

MADINAH: Jemaah yang melawat kawasan Al-Rawdah Al-Sharif di Masjid Nabawi di Madinah, hanya dibenarkan beribadah di sana selama 10 minit sahaja pada satu-satu masa.

Menurut laporan Saudi Gazette, permit untuk melawat kawasan Rawdah itu juga hanya akan dikeluarkan sekali sahaja untuk setiap jemaah dalam masa setahun.

Arahan dan garis panduan itu antara yang dikeluarkan oleh Penguasa Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pihak berkuasa menekankan bahawa jika seseorang pemegang permit tidak berupaya memanfaatkan permit untuk melawat Rawdah pada masa yang sudah ditempah, mereka mesti membatalkannya lebih awal supaya orang lain berpeluang membuat tempahan.

Sekiranya permit tidak dibatalkan, pemegang permit tersebut hanya boleh membuat tempahan bagi lawatan seterusnya selepas setahun berlalu.

Jemaah diarahkan supaya tiba 15 minit sebelum waktu lawatan yang diperuntukkan.

Arahan menunjukkan kod palang yang diterima untuk memasuki Rawdah hanya boleh digunakan sekali sahaja semasa slot yang ditempah dan mesti ditunjukkan kepada pegawai di pintu masuk.
Sumber : Agensi berita/AQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita