Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Permit tidak diperlukan untuk solat di Dua Masjid Suci pada 10 hari terakhir Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
Permit tidak diperlukan untuk solat di Dua Masjid Suci pada 10 hari terakhir Ramadan

(Gambar: Rosli Razak/BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 21 Mar 2023 09:20AM Dikemas Kini : 21 Mar 2023 09:21AM
RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menjelaskan pada Isnin (20 Mac) bahawa permit untuk menunaikan solat di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah tidak diperlukan pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Jabatan Khidmat Jagaan Penerima Bantuan di bawah kementerian itu menyatakan sedemikian menerusi akaun Twitter rasminya dalam menjawab soalan para jemaah, menurut laporan Saudi Gazette.

"Tidak perlu mendapatkan permit untuk menunaikan solat di Dua Masjid Suci, dengan syarat para jemaah tidak menghidap koronavirus atau mempunyai kontak dengan individu yang dijangkiti virus itu," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Kementerian Haji mendedahkan bahawa jemaah memerlukan permit untuk melaksanakan umrah atau menziarahi Raudah Sharif di Masjid Nabawi.

Temu janji boleh dibuat melalui aplikasi Nusuk atau Tawakkalna, dengan syarat jemaah tidak menghidap koronavirus atau mempunyai kontak dengan individu yang dijangkiti, lapor Saudi Gazette.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan