Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Permit iftar Masjidil Haram, Masjid Nabawi dibuka semula selepas 2 tahun

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Selepas dua tahun digantung akibat pandemik COVID-19, pihak berkuasa di Arab Saudi membuka semula permit iftar di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Semua permohanan permit iftar di dua masjid paling suci dalam Islam itu perlu dilakukan secara online, lapor Saudi Gazette.

Tahun lalu, kerajaan Saudi sudah membenarkan buka puasa di dalam Masjidil Haram tetapi jamuan yang diberikan adalah dalam bentuk bungkusan makanan dan para jemaah masih perlu menjaga jarak ketika berbuka.

Namun mulai awal bulan ini, hampir semua sekatan cegah COVID-19 di Saudi telah dimansuhkan.

Solat berjemaah tidak lagi perlu berjarak dan tidak perlu juga permit untuk memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Namun pemakaian pelitup di dalam bangunan masih wajib serta permit untuk umrah dan lawatan ke Raudhah tetap diperlukan.

Sumber : Agensi berita/AA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan