Permintaan penumpang global naik 13.8% pada Mac 2024, dedah IATA
Jumlah permintaan penumpang global, yang diukur berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 13.8 peratus pada Mac 2024 berbanding Mac 2023, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

(Gambar fail: iStock)
Menurut IATA, jumlah kapasiti yang diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) menokok 12.3 peratus berbanding setahun lalu.
"Faktor muatan Mac adalah 82.0 peratus (+1.0 peratusan mata berbanding Mac 2023), manakala permintaan antarabangsa meningkat 18.9 peratus berbanding Mac 2023.
"Kapasiti meningkat 18.8 peratus dari tahun ke tahun dan faktor muatan bertambah baik kepada 81.6 peratus (+0.1 peratusan mata pada Mac 2023)," dedah IATA dalam kenyataannya.
Permintaan domestik meningkat 6.6 peratus berbanding Mac 2023; kapasiti meningkat 3.4 peratus dari tahun ke tahun dan faktor muatan ialah 82.6 peratus (+2.5 peratusan mata berbanding Mac 2023).
Mengulas mengenai kemajuan itu, Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata permintaan perjalanan udara adalah kukuh dan terdapat setiap petunjuk bahawa ia dijangka tinggi pada musim panas Hemisfera Utara.
"Kita mesti mempunyai kapasiti untuk memenuhi permintaan ini dan memastikan pengalaman perjalanan yang lancar untuk penumpang," kata Encik Walsh.
Beliau berkata walaupun syarikat-syarikat penerbangan sudah bersedia untuk menyediakan bantuan kepada para pelanggan apabila timbul isu berkaitan operasi, penumpang bosan kerana perlu menanggung kos apabila berlaku kelengahan dan pembatalan akibat kelemahan untuk melakukan persediaan di bahagian lain rantaian nilai itu," kata Encik Walsh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.