Skip to main content

Dunia

Permintaan arang batu global dijangka capai rekod tertinggi pada 2025

Permintaan arang batu global dijangka mencapai paras tertinggi baharu tahun ini, menurut ramalan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Rabu (17 Dis) walaupun trend penggunaan berbeza mengikut rantau, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Anggaran Waktu Membaca:
Permintaan arang batu global dijangka capai rekod tertinggi pada 2025
Penggunaan arang batu dijangka meningkat kepada 8.85 bilion tan pada 2025. (Gambar: AP)
Diterbitkan : 18 Dec 2025 07:44AM
  • Permintaan arang batu global dijangka mencapai paras tertinggi baharu tahun ini, menurut ramalan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Rabu (17 Dis) walaupun trend penggunaan berbeza mengikut rantau, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
  • Dalam laporan tahunan pasaran arang batunya, IEA menyatakan penggunaan arang batu global diunjurkan meningkat sebanyak 0.5 peratus kepada 8.85 bilion tan tahun ini.
  • Memandang ke hadapan, IEA yang berpangkalan di Paris menyatakan ramalannya menunjukkan penggunaan arang batu global akan mendatar dalam beberapa tahun akan datang sebelum mula menurun menjelang 2030.
  • Sebaliknya, agensi itu menyatakan India berkemungkinan mencatat peningkatan penggunaan arang batu terbesar dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Dijana oleh AI
PARIS: Permintaan arang batu global dijangka mencapai paras tertinggi baharu tahun ini, menurut ramalan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Rabu (17 Dis) walaupun trend penggunaan berbeza mengikut rantau, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam laporan tahunan pasaran arang batunya, IEA menyatakan penggunaan arang batu global diunjurkan meningkat sebanyak 0.5 peratus kepada 8.85 bilion tan tahun ini.

Di Amerika Syarikat yang mana permintaannya menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan dijangka meningkat kira-kira lapan peratus tahun ini.

IEA mengaitkan peningkatan itu dengan harga gas asli yang lebih tinggi serta kelembapan dalam penamatan operasi loji jana kuasa arang batu di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

Di Kesatuan Eropah (EU), permintaan arang batu pada 2025 menurun jauh lebih kecil berbanding dua tahun sebelumnya, ekoran pengeluaran tenaga angin dan hidro yang lebih rendah pada separuh pertama tahun ini, menyebabkan kebergantungan yang lebih besar kepada penjanaan berasaskan arang batu.

India, yang lazimnya menyumbang kepada pertumbuhan permintaan global, dijangka menjana tenaga yang lebih rendah daripada arang batu tahun ini.

Menurut IEA, musim monsun yang tiba lebih awal dan lebih kuat mengurangkan permintaan elektrik serta meningkatkan pengeluaran tenaga hidro.

Memandang ke hadapan, IEA yang berpangkalan di Paris menyatakan ramalannya menunjukkan penggunaan arang batu global akan mendatar dalam beberapa tahun akan datang sebelum mula menurun menjelang 2030.

Permintaan di China dijangka berkurangan sedikit menjelang 2030 seiring dengan pengembangan pesat kapasiti tenaga boleh diperbaharui.

Sebaliknya, agensi itu menyatakan India berkemungkinan mencatat peningkatan penggunaan arang batu terbesar dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita