Permaisuri Agong jadikan kanak-kanak hidap sindrom Werewolf sebagai anak angkat
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
PETALING JAYA: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadikan kanak-kanak istimewa, Missclyen Roland, 2 tahun, yang menghidap sindrom Werewolf (manusia serigala) sebagai anak angkatnya.
Berita itu dikongsikan ibu kanak-kanak terbabit, Theresa Anak Gunting berhubung surat rasmi yang diterima dari Istana Negara mengenai hasrat Raja Permaisuri Agong.
Di dalam surat itu, Permaisuri berkata akan membiayai perbelanjaan persekolahan Missclyen selain rawatan penyakit kanak-kanak perempuan itu, menurut agensi berita Kosmo! Online.
“Saya berhasrat untuk mengambil Missclyen Anak Roland sebagai anak angkat. Dalam hubungan ini, saya akan memberikan perbelanjaan melalui tuan sebagai penjaga bagi penggunaan persekolahan Missclyen.
“Selain itu, saya akan menanggung perbelanjaan bagi mengubati penyakit Hipertrichosis atau sindrom Werewolf yang dihidapinya. Saya berharap dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban tuan dan pacal pondok (isteri) dalam menjaga dan membesarkan Missclyen,” kata Permaisuri, dipetik daripada Kosmo! Online.
Sementara itu, Cik Theresa menerusi hantaran Facebook memberitahu, dia bagaikan bermimpi apabila menerima surat berkenaan dan menganggap ia rezeki bertuah untuk anaknya.
“Rasa bagai mimpi, bila dengar ayah awak cakap tadi dan dia beri satu surat. Saya pun baca, tak perasan yang surat ini adalah pengambilan anak angkat daripada Tunku Permaisuri.
“Memang cukup bertuah awak anak. Harap semua dipermudahkan. Nanti lama kita tak berkawan, kalau awak dibawa ke sana. Memang tidak berhenti air mata saya mengenangkan kerana terlalu gembira,” katanya pada Rabu (1 Nov).
Pada September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah menyantuni Missclyen Roland di pekarangan Masjid Al-Falah, Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu, Sarawak sewaktu Kembara Kenali Borneo.
Adik Missclyen juga dilahirkan tanpa lubang hidung itu, menghidap 'Congenital Generalised Hypertrichosis' (CGH) yang menyebabkan bahagian wajah dan badannya berbulu lebat.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.