Permaisuri Agong 'berasap di dapur'; masak untuk pengawal, pekerja istana
Pasti ramai yang mengetahui Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya gemar memasak dan pandai beraksi di dapur.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. (Gambar: LINDR/Instagram)
KUALA LUMPUR: Pasti ramai yang mengetahui Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya gemar memasak dan pandai beraksi di dapur.
Perkara tersebut, antara lain, turut digambarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika dilontar soalan mengenai pasangan hidup baginda Tuanku itu menerusi temu bual eksklusif bersama Astro Awani.
Dalam perkembangan terbaru, lapor Astro Awani, Tunku Azizah sekali lagi menonjolkan kepakaran beliau memasak menerusi perkongsian di akaun Twitter.
Apa yang lebih mencuri perhatian warga net adalah Tunku Azizah memasak hidangan khas sotong hitam dan lemak ketam untuk dinikmati para pekerja istana serta pengawal keselamatan.
Beliau berkata masakan air tangannya sendiri itu adalah buat mereka yang mengikuti kegiatan perkelahan di Pantai Balok.
Sememangnya terserlah sikap prihatin Raja Permaisuri Agong terhadap kebajikan rakyat jelata, termasuk para pekerja yang berkhidmat secara langsung di bawahnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.