Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Permainan Pokemon Sleep dikeluarkan 2023, tawar konsep permainan lebih santai

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Syarikat permainan video terkenal Jepun, Pokemon bakal menampilkan aplikasi permainan telefon bijak versi baru yang dikenali sebagai "Pokemon Sleep".

Konsep permainan yang akan dilancarkan di seluruh dunia pada musim panas 2023 itu, memfokuskan pada aktiviti yang lebih santai iaitu tidur.

Permainan itu dikeluarkan empat tahun selepas syarikat itu pertama kali mengumumkan rancangannya itu.

"Jadikan tidur anda sebagai hiburan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan media pada Isnin (27 Feb).

Treler permainan baru itu menunjukkan aplikasi itu bakal menggabungkan pengesan tidur telefon pintar pengguna dengan permainan tersebut.

"Pengembaraan anda berlaku di sebuah pulau kecil di mana anda akan menjalankan penyelidikan tentang cara Pokemon tidur. Anda akan bekerjasama dengan Snorlax besar yang tinggal di pulau itu dan Neroli, seorang profesor yang mempelajari gaya tidur Pokemon."

"Semakin lama anda tidur, semakin tinggi markah anda pada waktu pagi, dan semakin banyak Pokemon yang anda akan dilihat muncul di sekitar Snorlax," kata syarikat itu, sambil menggesa pemain untuk "berehat dengan baik!".

Peminat juga dapat membeli alat Pokemon GO Plus +, yang berbentuk Pokeball.

Pengguna boleh meletakkannya di tepi bantal mereka, dengan suara Pikachu menawarkan gesaan comel apabila tiba masanya untuk bangun atau tidur.

Sebelum ini, "Pokemon Go" pernah menjadi satu fenomena permainan yang digemari ramai, membawa peminat untuk bergerak memburu watak animasi Pokemon di dunia realiti.

Permainan percuma menggunakan lokasi satelit, grafik dan keupayaan kamera untuk menindih watak kartun pada tetapan dunia sebenar, mencabar pemain untuk menangkap dan melatih makhluk itu.

Namun, timbul beberapa isu dibangkitkan masyarakat dunia berhubung ketaksuban pemain sehingga mengakibatkan insiden kemalangan jalan raya dan pelanggaran kecil ketika mereka leka bermain di kawasan awam.

Pokemon telah menjadi popular sejak ia dilancarkan sebagai permainan main peranan pada tahun 1996 untuk konsol permainan, Game Boy Nintendo.
Sumber : AGENCIES/AE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan