Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Permainan aplikasi Plague Inc. cara pengguna berdepan dengan virus Wuhan

Sedang virus Wuhan mula menular di merata dunia, satu permainan aplikasi simulasi strategi mula dimuat turun di banyak negara termasuk China.

Anggaran Waktu Membaca:
Permainan aplikasi Plague Inc. cara pengguna berdepan dengan virus Wuhan
Diterbitkan : 25 Jan 2020 09:12PM Dikemas Kini : 25 Jan 2020 09:15PM

CHINA: Sedang virus Wuhan mula menular di merata dunia, satu permainan aplikasi simulasi strategi mula dimuat turun di banyak negara termasuk China.

Diberi nama Plague Inc., permainan itu membolehkan para pengguna menghasilkan dan mengubah agen yang boleh menyebabkan penyakit untuk memusnahkan dunia.

Syarikat Ndemic Creations yang menerbitkan aplikasi itu menyatakan permainan itu banyak kali dimuat turun mungkin sebagai satu wadah untuk orang ramai berdepan dengan situasi sekarang iaitu melalui hiburan dan jenaka.

Mereka juga mungkin menggunakan permainan itu sebagai cara menangani dengan situasi realiti melalui alam maya, tambah syarikat berkenaan.

Laman penganalisis data SensorTower mendapati Plague Inc. adalah permainan yang paling banyak dimuat turun telefon bimbit iPhone di Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Brazil dan banyak lagi negara.

Sumber : Agensi berita/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan