PERLUMBAAN F1: Keputusan untuk pindah acara ke Imola perlu diputuskan sebelum 10 Nov
Konflik dan ketegangan di Timur Tengah dorong F1 pertimbang untuk adakan hanya satu perlumbaan di Imola sebagai alternatif. (Gambar: Bernama)
- Formula One must decide by Nov 10 at the latest whether Imola Circuit in Emilia-Romagna, Italy, will replace a Middle East race, as organisers need time to prepare.
- Regional tensions and conflict have raised security concerns, although F1 still supports holding the Qatar race on Nov 29 and the Abu Dhabi race a week later.
- If selected, Imola would host a race in December, giving Mercedes world champion Kimi Antonelli the chance to compete on home soil; Ayao Komatsu confirmed the deadline.
- If the Middle East race is cancelled and Imola is not selected, the season could end in Las Vegas on Nov 21, resulting in 21 races, despite F1 having promised teams at least 22.
- Formula One perlu memutuskan selewat-lewatnya 10 November sama ada Litar Imola di Emilia-Romagna, Itali, akan menggantikan satu perlumbaan Timur Tengah, dengan penganjur memerlukan masa untuk membuat persiapan.
- Ketegangan dan konflik serantau menimbulkan kebimbangan keselamatan, walaupun F1 masih menyokong perlumbaan Qatar pada 29 November dan Abu Dhabi seminggu kemudian.
- Jika dipilih, Imola akan mengadakan perlumbaan pada Disember dan memberi peluang kepada juara dunia Mercedes Kimi Antonelli beraksi di laman sendiri; Ayao Komatsu mengesahkan tarikh akhir itu.
- Jika perlumbaan Timur Tengah dibatalkan dan Imola terlepas, musim mungkin berakhir di Las Vegas pada 21 November, menghasilkan 21 perlumbaan, meskipun F1 menjanjikan sekurang-kurangnya 22 kepada pasukan.
SAO PAULO: Keputusan sama ada perlumbaan penutup musim Formula One (F1) akan diadakan di Litar Imola, Itali, bagi menggantikan perlumbaan di Timur Tengah perlu dibuat selewat-lewatnya pada Selasa (10 Nov), menurut laporan Motorsport Media pada Sabtu (7 Nov), seperti yang dinukil Agensi Berita Jerman (dpa).
Musim F1 dijadualkan berakhir dengan perlumbaan di Qatar pada 29 Nov dan Abu Dhabi seminggu kemudian.
Bagaimanapun, konflik dan ketegangan di Timur Tengah mendorong F1 mempertimbangkan untuk mengadakan hanya satu perlumbaan di Imola sebagai alternatif, walaupun ia masih menyokong penganjuran perlumbaan di Qatar dan Abu Dhabi.
Penganjur di wilayah Emilia-Romagna, Itali, perlu mengetahui secepat mungkin sama ada mereka perlu mengambil alih penganjuran perlumbaan berkenaan.
Selepas Selasa, masa yang tinggal tidak lagi mencukupi untuk membuat persiapan yang diperlukan.
Ketua Pasukan Haas F1 Ayao Komatsu turut mengesahkan tarikh akhir itu pada Selasa akan datang, menurut penyiar ESPN.
Jika dipilih sebagai lokasi alternatif, Imola akan menjadi tuan rumah perlumbaan pada Disember.
Langkah itu juga akan memberi peluang kepada juara dunia baharu Mercedes, Kimi Antonelli, untuk beraksi di laman sendiri.
Sekiranya tarikh akhir bagi Imola berlalu dan ketegangan di Timur Tengah semakin memuncak sehingga Grand Prix Qatar dan Abu Dhabi tidak dapat diadakan atas faktor keselamatan, musim F1 mungkin berakhir lebih awal pada 21 November di Las Vegas.
Bagaimanapun, menurut ESPN, Formula One telah memberi jaminan kepada semua pasukan bahawa sekurang-kurangnya 22 perlumbaan akan diadakan musim ini.
Jika Las Vegas menjadi perlumbaan penutup musim, jumlah keseluruhan perlumbaan hanya 21.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.