Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perlu AS$360 bilion setahun untuk capai kesaksamaan jantina, pemerkasaan wanita jelang 2030

Anggaran Waktu Membaca:
Perlu AS$360 bilion setahun untuk capai kesaksamaan jantina, pemerkasaan wanita jelang 2030

Logo Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). (Gambar: AFP/Ludovic Marin)

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis (7 Sep) memberi amaran bahawa lebih 340 juta wanita dan kanak-kanak perempuan (sekitar lapan peratus daripada jumlah penduduk wanita di dunia) terus dibelenggu kemiskinan tegar menjelang 2030 jika trend semasa berterusan.

Laporan baharu oleh Wanita PBB memberi gambaran suram tentang kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita di bawah Matlamat Pembangunan Mampan, iaitu agenda universal untuk menamatkan kemiskinan dalam semua bentuk menjelang 2030.

Dunia gagal mencapai kesaksamaan jantina walaupun menerusi usaha global, Agensi Anadolu memetik laporan itu.

Bagi setiap dolar yang diperoleh golongan lelaki menerusi pendapatan buruh secara global, wanita hanya memperoleh 51 sen, menurut laporan itu.

Menurut laporan itu, bilangan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam konteks yang terjejas oleh konflik mencapai 614 juta pada tahun 2022, 50 peratus lebih tinggi daripada jumlah pada tahun 2017.

''Di peringkat global, pada kadar kemajuan semasa, dianggarkan 110 juta kanak-kanak perempuan dan wanita muda akan berhenti sekolah pada 2030,'' katanya.

Laporan itu menyatakan bahawa tambahan AS$360 bilion (S$490 bilion) setahun diperlukan untuk mencapai kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita merentas matlamat global utama.

Ia memberi amaran bahawa kegagalan untuk mengutamakan kesaksamaan jantina boleh menjejaskan keseluruhan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan.
 

Sumber : AGENCIES/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan