Skip to main content

Dunia

Perlis, sebahagian Kedah dan Perak alami gelombang haba Tahap 2

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Lima daerah di Kedah, selain Hulu Perak di Perak serta seluruh negeri Perlis merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6.00 pagi Sabtu (28 Mac).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah yang terlibat dengan gelombang haba di Kedah ialah Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena dan Kota Setar.

Berdasarkan rekod yang dikemas kini di laman rasmi MetMalaysia, beberapa kawasan lain di Kedah mencatat cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga melibatkan Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pulau Langkawi.

Cuaca panas Tahap 1 turut dilaporkan di Perak Tengah, Kinta, Kuala Kangsar dan Selama di Perak; Timur Laut serta Daerah Utara di Pulau Pinang; Jerantut di Pahang; dan Lubok Antu di Sarawak.

Kriteria cuaca panas Tahap 2 atau gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius, manakala Tahap 1 pula melibatkan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Kedua-dua tahap ini dicatat apabila suhu berkenaan berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita