Skip to main content

Dunia

Perkongsian erat Malaysia-Rusia tidak gugat hubungan negara lain, kata PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
Perkongsian erat Malaysia-Rusia tidak gugat hubungan negara lain, kata PM Anwar

PM Anwar Ibrahim bertemu Presiden Putin di Kremlin. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 May 2025 11:13AM Dikemas Kini : 17 May 2025 11:22AM
KREMLIN: Sambutan mesra yang diterima Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim daripada Presiden Vladimir Putin semasa lawatan rasmi beliau ke Rusia jelas menunjukkan komitmen tinggi antara kedua-dua pemimpin untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Kemesraan antara PM Anwar dengan Presiden Putin yang merupakan antara pemimpin paling berkuasa di dunia jelas kelihatan sejak permulaan lawatan lagi apabila kedua-dua pemimpin berusaha memupuk perkongsian bermakna bagi kedua-dua negara.

Keakraban yang terjalin antara kedua-dua pemimpin itu penting terutamanya dalam landskap dunia yang semakin berpecah ekoran tindakan beberapa kuasa besar yang mengambil tindakan unilateral dan dasar perlindungan yang memerlukan hubungan diplomatik dan kerjasama diperkukuh.

Semasa di Kremlin, PM Anwar, yang juga Menteri Kewangan, telah diberi sambutan rasmi yang istimewa dengan acara itu mendapat liputan meluas di Rusia oleh lebih 80 wakil media dari pelbagai agensi.

 
(Gambar: BERNAMA)
PRESIDEN PUTIN BAKAL KE MALAYSIA

Sebagai Pengerusi ASEAN, PM Anwar secara rasmi menjemput Putin menghadiri sidang kemuncak perkumpulan serantau itu dengan rakan dialog pada Oktober 2025 di Kuala Lumpur.

Ketika bertemu secara peribadi, Presiden Putin turut menyampaikan jemputan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat Rusia.

LESTARI BAHASA MELAYU DI RUSIA

Kedua-dua pemimpin komited meningkatkan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, budaya, bahasa dan ketersambungan antara rakyat.

MGIMO menawarkan Bahasa Malaysia sebagai mata pelajaran, manakala Bahasa Rusia turut ditawarkan di Universiti Malaya.

PM Anwar turut menghadiri perbincangan meja bulat dengan 24 syarikat utama di Rusia serta dua majlis perniagaan untuk membincangkan kerjasama strategik dalam perdagangan dua hala.
(Gambar: BERNAMA)
PERKUKUH EKONOMI ISLAM MALAYSIA-RUSIA

PM Anwar turut bertemu rakan sejawatnya Mikhail Mishustin dan menerima kunjungan Mufti Besar Persekutuan Rusia, Sheikh Ravil Gaynutdin.

Di Kazan, PM Anwar dan delegasi melawat Kazan Expo dan menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa ke-16 “Russia – Dunia Islam: KazanForum 2025”.

Anwar menyatakan kesediaan Malaysia untuk membincangkan isu perdagangan dan ekonomi dengan Tatarstan, termasuk perbankan Islam dan industri halal.
(Gambar: BERNAMA)
HUBUNGAN DENGAN RUSIA TIDAK JEJAS HUBUNGAN DENGAN NEGARA LAIN

PM Anwar berkata hubungan erat Malaysia-Rusia tidak seharusnya dilihat sebagai situasi menang atau rugi.

Malaysia, sebagai negara perdagangan terbuka, perlu mengembangkan perkongsian tanpa melemahkan hubungan dengan negara lain termasuk Amerika Syarikat.

Malaysia hanya mempertimbangkan sekatan yang disahkan oleh badan pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sehingga 2024, Rusia ialah rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah dengan jumlah perdagangan RM11.46 bilion (S$3.4 bilion).

Lawatan empat hari PM Anwar ke Rusia berakhir pada Jumaat (16 Mei).
 
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita