Skip to main content

Dunia

Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Gaza selepas 4 hari

Anggaran Waktu Membaca:
Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Gaza selepas 4 hari

Gambar: AP

Diterbitkan : 18 Dec 2023 11:17AM
RAMALLAH: Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Carikan Gaza pada Ahad (17 Dis) selepas gangguan selama empat hari, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat telekomunikasi, Jawwal.

Jawwal dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan telefon dan Internet di tengah dan selatan Carikan Gaza telah pulih.

"Juruteknik kami telah melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan sepenuhnya perkhidmatan di semua kawasan di Semenanjung Gaza,” katanya.

Syarikat telekomunasi Ooredoo juga mengesahkan penyambungan semula perkhidmatan telekomunikasi selepas gangguan pada Khamis.

Israel melancarkan serangan udara dan darat di Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 18,800 penduduk Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, selain mencederakan 51,000 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita