Skip to main content

Dunia

Perkhidmatan Rahsia Amerika 'gagal' dalam misi lindungi Trump: Pengarah

Anggaran Waktu Membaca:
Perkhidmatan Rahsia Amerika 'gagal' dalam misi lindungi Trump: Pengarah

Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika, Kimberly Cheatle. (Gambar: AFP/Getty Images/Kent Nishimura)

Diterbitkan : 23 Jul 2024 07:24AM
WASHINGTON: Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika, Kimberly Cheatle mengaku pada Isnin (22 Jul) bahawa agensi itu gagal menghalang percubaan hendak membunuh calon Pilihan Raya Presiden dari parti Republican, Donald Trump pada 13 Julai lalu.

Dalam keterangannya kepada sebuah jawatankuasa Dewan Perwakilan, Cik Cheatle berkata kegagalan melindungi Encik Trump itu merupakan satu kesilapan agensi tersebut.

Beliau berjanji pasukan Perkhidmatan Rahsia akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kesilapan serupa tidak berulang.

Namun Cik Cheatle menolak permintaan daripada kedua-dua pihak, Democrat dan Republican, agar beliau meletak jawatan.

Dalam kejadian pada 13 Julai lalu, Thomas Matthew Crooks,seorang lelaki 20 tahun melepaskan beberapa das tembakan ke arah Encik Trump semasa beliau berkempen di daerah Butler di wilayah Pennsylvania.

Crooks ditembak mati oleh seorang penembak hendap Perkhidmatan Rahsia 26 saat selepas melepaskan das pertama daripada lapan tembakan.

Para penyiasat mengesahkan bahawa Crooks, yang tinggal di sebuah bandar kira-kira 80 kilometer dari Butler, bertindak seorang diri dan tidak dapat mengenal pasti sebarang kecenderungan ideologi atau politik yang kuat.

Encik Trump cedera di telinga kanannya tetapi seorang hadirin terbunuh manakala dua lagi cedera.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita