Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Kedah kembali beroperasi; insiden feri terkandas disiasat

Anggaran Waktu Membaca:
ALOR SETAR: Jadual perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi dan Langkawi ke Kuala Kedah berjalan seperti biasa pada Isnin (24 Okt).

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, insiden feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terkandas akibat air laut surut berlaku petang Ahad (23 Okt) tidak menjejaskan operasi.
Menurutnya, terdapat lima perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi berjalan mengikut jadual bermula jam 9.30 pagi, 11 pagi, 1 tengah hari, 2 petang dan 3 petang.

“Manakala jadual perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah pula bermula jam 8 pagi, 10 pagi, 11 pagi, 12 tengah hari dan 1 tengah hari."

"Pihak syarikat tidak menerima pembatalan tiket daripada penumpang baik pembelian melalui
atas talian ataupun pembelian fizikal di kaunter," katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Encik Baharin berkata, pergerakan feri berkapasiti membawa penumpang 450 hingga 600 orang bagi satu perjalanan.

Mengulas insiden berlaku pada Ahad, ketika itu paras air laut di muara Kuala Kedah melebihi 1.7 meter dan sememangnya boleh dilalui feri, menurut laporan Astro Awani.

“Pihak syarikat masih melakukan siasatan sama ada kapten feri mengubah laluan kerana difahamkan ketika itu terdapat kapal sedang melakukan kerja-kerja pengorekan dan memasuki laluan feri."

“Saya merayu kepada pihak berkenaan supaya menyegerakan kerja mendalamkan alur pelayaran bagi memudahkan feri keluar dan masuk dari Terminal Feri Kuala Kedah seterusnya mengelak daripada insiden feri terkandas berulang,” katanya lagi, lapor Astro Awani.

Dalam kejadian jam 4.15 petang Ahad, feri penumpang yang membawa 547 penumpang dan kru terkandas di kedudukan 1.2 batu nautika dari muara Kuala Kedah.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan