Perkampungan Tamadun Islam di Madinah bakal tingkat pengalaman pengunjung
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Saudi Press Agency)
RIYADH: Rua Al-Madinah Holding melancarkan Projek Perkampungan Tamadun Islam, melibatkan warisan Islam dan memperkayakan pengalaman pelawat di Madinah.
Projek tersebut bertujuan untuk menjadi destinasi Islamik yang menarik dan istimewa, sekali gus meningkatkan pengalaman tetamu dari merata dunia ketika mereka berada di Madinah, lapor Saudi Press Agency pada Isnin (8 Jan).
Ia menawarkan pengalaman budaya, pendidikan dan hiburan yang kaya dengan menampilkan pelbagai kegiatan, khidmat pelayanan luar biasa dan persembahan sejarah bermakna yang memaparkan pelbagai aspek dunia sejarah Islam.
Projek tersebut terdiri daripada lapan zon geografi yang berbeza, termasuk Semenanjung Arab, negara Arab antara Laut Mediterranean dengan Iran, Islam di Asia Selatan, Maghribi, Negara Asia Tenggara, Jalan Sutera, Andalus dan Afrika.
Ia juga menyusuri dengan mendalam tentang sejarah Kerajaan Arab Saudi, yang merupakan permulaan sejarah ketamadunan dan kubu kuat Islam.
Projek itu juga menampilkan pelbagai kedai runcit, kedai makan, kafe, pertunjukan interaktif, pelbagai aktiviti dan ruang mesra alam, lapor Arab News.
Ketua Pegawai Eksekutif Rua Al-Madinah Holding, Ahmed Al-Juhani berkata, projek Perkampungan Tamadun Islam itu akan berfungsi sebagai hab budaya pendidikan, yang membolehkan pengunjung belajar tentang sumbangan budaya umat Islam sepanjang zaman melalui kandungan interaktif.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.