Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perkahwinan dibatalkan gara-gara komen bakal ibu mentua

Anggaran Waktu Membaca:

TUNISIA: Hari bahagia bertukar menjadi episod paling memalukan dalam hidup. 

Itu yang berlaku pada seorang wanita Tunisia yang ditinggalkan bakal suami pada majlis perkahwinannya.

Ini selepas ibu kepada pihak lelaki mendakwa pengantin perempuan 'hodoh dan pendek'.

Daily Star melaporkan ibu kepada pihak lelaki hanya melihat gambar bakal menantunya, menjelang hari bersejarah itu.

Wanita terbabit dikatakan hanya melihat bakal menantunya buat kali pertama di majlis berkenaan.

Ibu kepada lelaki berkenaan dilaporkan kecewa selepas mendakwa bakal menantunya terlalu pendek dan tidak menarik untuk mengahwini anaknya.

Beliau kemudian mengarahkan anak lelakinya supaya menghentikan majlis itu dengan serta-merta kerana tidak boleh membenarkan anak lelakinya menikahi wanita yang dikenali sebagai Lamia Al-Labawi itu.

Lelaki terbabit bersama dengan ibunya dilaporkan kemudian meninggalkan Lamia.

Sebelum tercetus 'drama' berkenaan, Lamia dilihat bergambar di sebelah pasangannya yang dilihat sedang mengelap mukanya dengan sapu tangan.

Menyusuli insiden berkenaan, Lamia kemudian memuat naik video ke media sosial untuk menerangkan mengenai insiden tersebut.

Wanita itu memberitahu orang ramai bahawa beliau adalah anak yatim piatu dan menghabiskan banyak wang untuk mengadakan majlis berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kebahagiaan itu 'diragut' daripadanya oleh bakal ibu mentuanya.

Bakal pengantin perempuan yang jiwanya hancur itu dikatakan dibiarkan menanggung malu dan sekarang dikatakan enggan keluar bertemu orang ramai berikutan penolakan itu.

Kisah Lamia tersebar luas di media sosial di mana Lamia mendapat sokongan daripada para netizen.

"Dengan kasih sayang dan persaudaraan, saya memberitahu anda, angkat kepala anda dan hadapi dunia dengan sekuat tenaga anda," kata pelakon teater Tunisia, Hedi Al-Mejri kepada Lamia.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan