Perjumpaan pemimpin UMNO bincang PRU ditangguhkan
Perjumpaan lima pemimpin tertinggi UMNO bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang dijadualkan Sabtu ini (17 Jun), ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perjumpaan lima pemimpin tertinggi UMNO bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang dijadualkan Sabtu ini (17 Jun), ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan pemakluman daripada Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas yang sepatutnya diadakan pada hari sama ditangguhkan.
“Hari Sabtu ini, Mesyuarat MT Khas sepatutnya diadakan tetapi kita dapat mesej sudah ditangguhkan. Jadi kita tunggu Setiausaha Agung akan umumkan tarikh baru.
“Sebelum Mesyuarat MT akan datang akan bincang balik. Selalunya sebelum Mesyuarat MT akan ada (pertemuan) Top Five (lima pemimpin tertinggi). Kemudian ada (mesyuarat) biro politik, selepas itu malam (mesyuarat) MT,” katanya kepada wartawan selepas Majlis Penghargaan Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai di Kuala Lumpur pada malam Rabu (14 Sep).
Sebelum ini, Encik Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata perjumpaan pemimpin tertinggi itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Belanjawan 2023, yang dijadualkan pada 7 Oktober.
Lima pemimpin tertinggi UMNO itu merujuk kepada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden parti.
Dalam pada itu, Encik Ismail Sabri menegaskan komitmen kerajaan dalam memberikan kebebasan media untuk melaporkan berita dengan tepat dan bertanggungjawab.
“Campur tangan politik? Media mempunyai kebebasan sepenuhnya asalkan laporan tepat dan bertanggungjawab.
"Selagi laporan itu, sahih, bukan fitnah dan bertanggungjawab, itu tak ada masalah daripada segi undang-undang,” katanya ketika ditanya mengenai dakwaan campur tangan politik dalam pertubuhan media.
Sebelum ini, terdapat pihak yang mempertikaikan pelantikan Farrah Naz Karim sebagai Pengarang Kumpulan akhbar New Straits Times (NST) yang baru, dengan mendakwa bahawa pelantikan itu dibuat atas campur tangan politik.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.