Perjudian online kian membimbangkan di Indonesia selepas insiden pegawai polis wanita bakar hingga mati suaminya yang ketagih judi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
JAKARTA: Seorang pegawai polis wanita Indonesia didakwa kerana membunuh suaminya, yang juga merupakan seorang pegawai polis.
Dia disyaki membakarnya sehingga mati gara-gara ketagihannya berjudi.
Kes tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap isu perjudian online di Indonesia.
Dalam insiden berkenaan yang berlaku di Mojokerto, Jawa Timur, pada Sabtu (8 Jun), yang tertuduh Fadhilatun Nikmah, 28 tahun, disyaki menggari suaminya, Rian Dwi Wicaksono, 27 tahun sebelum menuangkan gasolin ke atasnya lalu membakarnya.
Media tempatan melaporkan mangsa terbabit mengalami kesan kelecuran serius di merata tubuhnya dan meninggal dunia keesokan harinya selepas menjalani rawatan di hospital.
Menurut pihak polis, Fadhilatun kecewa setelah mengetahui suaminya hanya mempunyai baki 800,000 rupiah (S$66) dalam akaun banknya, selang beberapa hari selepas menerima bonusnya sebanyak 2.8 juta rupiah (S$232).
Fadhilatun telah merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk membeli bekalan bagi anak kembar mereka, yang dilahirkan tiga bulan lalu. Pasangan itu juga mempunyai seorang anak berusia 2 tahun.
Siasatan polis turut mendedahkan Rian telah membelanjakan wangnya dalam perjudian online. Rian diketahui mempunyai ketagihan kepada perjudian online dan sebelum ini pernah menghabiskan wang keluarganya itu secara boros.
Fadhilatun sudahpun didakwa atas kesalahan berhubung keganasan domestik. Jika disabit bersalah, dia akan dipenjara sehingga 15 tahun.
Insiden berkenaan mencuri perhatian ramai di negara itu, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada para ahli parlimen, menteri dan bahkan juga, Presiden Indonesia.
Presiden Joko Widodo, atau juga dikenali sebagai Jokowi, menggesa orang ramai untuk bersikap bijak dengan wang simpanan mereka dan tidak membazirkannya angkara kegiatan berjudi.
"Saya ingin katakan, jangan berjudi, jangan berjudi, baik bukan secara online mahupun secara online," tekannya di akaun YouTube rasminya pada Rabu (12 Jun).
"Banyak perkara boleh berlaku gara-gara berjudi - harta dijual, suami isteri bercerai, jenayah dan keganasan juga. Perjudian membahayakan masa depan anda dan keluarga dan anak-anak anda," tambah Encik Jokowi.
Dalam satu mesyuarat dengan ahli-ahli parlimen pada Isnin, Menteri Komunikasi dan Informatik (Kominfo) Budi Arie Setiadi menarik perhatian bahawa kes tersebut merupakan bukti jelas bahawa perjudian online kian menjadi satu kebimbangan dan menyeru pemerintah untuk memandang serius terhadap usaha membanteras kegiatan judi sedemikian.
Encik Budi menambah bahawa pemerintah sedang membentuk sebuah pasukan petugas khas bagi menangani kegiatan perjudian online. Dijangka ditubuhkan minggu ini, ia akan dipengerusikan oleh Kementerian Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan.
Beliau mengatakan bahawa meskipun Kominfo sendiri telahpun membendung dan menghapuskan banyak aplikasi perjudian online, pihak-pihak lain harus juga mengambil tindakan memandangkan ia melibatkan institusi-institusi kewangan dan urus niaga online rentas sempadan.
Menteri tersebut berkongsi bahawa lebih 2 juta laman perjudian online sudahpun disekat, tetapi laman baharu sedemikian masih muncul.
Kira-kira 3.2 juta rakyat Indonesia terlibat dalam perjudian online, menurut data daripada Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) yang dikeluarkan pada April lalu oleh Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Hadi Tjahjanto.
"80 peratus daripada mereka (berjudi) di bawah nilai 100,000 rupiah," jelas Encik Hadi.
Pada masa yang sama, data menunjukkan kenaikan ketara dalam urus niaga berkait perjudian online. Urus niaga perjudian online dalam kalangan rakyat Indonesia melonjak lebih 8,000 peratus dari segi nilainya, sejak lima tahun lalu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.