Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perjuangan Kerajaan Perpaduan selari dengan matlamat penubuhan UMNO, kata Ahmad Zahid

Anggaran Waktu Membaca:
Perjuangan Kerajaan Perpaduan selari dengan matlamat penubuhan UMNO, kata Ahmad Zahid

Pengerusi GRS Hajiji Noor, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi PH Anwar Ibrahim, Pengerusi GPS Abang Johari Openg, dan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal semasa acara memeterai perjanjian persefahaman kerjasama di bawah Kerajaan Perpaduan pada 16 Dis 2022. (Gambar: Jabatan Perdana Menteri Malaysia/BERNAMA)

ARAU: Kerajaan Perpaduan yang didukung pelbagai parti politik tidak pernah melupakan agenda kepentingan Melayu dan Islam, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata perjuangan Kerajaan Perpaduan adalah selari dengan objektif penubuhan dan perjuangan UMNO iaitu untuk agenda Melayu serta Islam. Pada masa yang sama, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu juga tidak akan mengetepikan agenda agama dan bangsa lain dalam negara.

“Ini termaktub di dalam perlembagaan UMNO bahawa kita menjadikan agama Islam sebagai objektif penubuhan dan perjuangan parti, tanpa mengetepikan mana-mana agama," katanya kepada wartawan ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungam UMNO Negeri Perlis di Dewan Sivik Arau pada Jumaat (12 Mei).

Hadir sama di majlis berkenaan ialah isteri Encik Ahmad Zahid, Hamidah Khamis, Setiausaha Agung UMNO Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Rozabil Abd Rahman dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Mahdzir Khalid.

Sementara itu, ketika dirujuk mengenai peluang UMNO di Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti, Encik Ahmad Zahid berkata beliau yakin sokongan rakyat kini sudah beralih kepada Kerajaan Perpaduan. 

"Saya yakin trend telah berubah haluan daripada antikerajaan kepada pro kerajaan dengan keyakinan yang tinggi terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim," katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan