Perjanjian tebusan Israel-Hamas semakin hampir dimeterai meski pertempuran sengit di Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
GAZA/BAITULMAKDIS: Kumpulan bersenjata Hamas bertempur dengan tentera Israel yang cuba menembusi Jabalia, iaitu kem pelarian terbesar di Gaza, pada Ahad (19 Nov).
Di sebalik pertempuran sengit itu, para pegawai Amerika Syarikat dan Israel berkata perjanjian untuk membebaskan sejumlah tebusan yang ditahan di kawasan yang dikepung itu, semakin hampir dimeterai.
Kira-kira 240 tebusan ditahan Hamas semasa kumpulan itu melancarkan serangan maut ke atas Israel pada 7 Okt, yang mendorong Israel untuk menyerang Gaza bagi menghapuskan Hamas.
Kereta kebal dan tentera Israel menyerbu Gaza lewat bulan lalu dan sejak itu tentera Israel merampas kawasan-kawasan besar di utara dan barat laut serta bahagian timur sekitar Bandar Gaza, dedah tentera Israel.
Menurut para saksi tempatan, Hamas bertempur dengan tentera Israel di bahagian utara Gaza, termasuk beberapa bahagian di Bandar Gaza dan kem-kem pelarian di Jabalia dan kawasan pantai yang luas.
Walaupun pertempuran semakin sengit, Duta Israel ke Amerika Syarikat, Michael Herzog, berkata dalam wawancara "This Week" di ABC bahawa Israel berharap sejumlah besar tebusan dapat dibebaskan oleh Hamas "dalam masa beberapa hari akan datang".
Reuters melaporkan pada Rabu (15 Nov) bahawa Qatar yang bertindak sebagai orang tengah cuba memeterai perjanjian antara Israel dan Hamas untuk membebaskan 50 tebusan sebagai ganti bagi gencatan senjata selama tiga hari yang akan membantu meningkatkan penghantaran bantuan kecemasan kepada orang awam Gaza, menurut seorang pegawai yang diberi taklimat mengenai rundingan itu.
Ketika itu, pegawai itu berkata secara amnya syarat-syarat utama perjanjian tersebut telah dipersetujui tetapi Israel masih merundingkan butiran-butirannya.
Pada Ahad (19 Nov), Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman al-Thani memberitahu sidang media di Doha bahawa halangan-halangan utama kepada perjanjian tersebut kini "sangat kecil", dengan hanya isu-isu kecil "praktikal dan logistik" sahaja yang perlu diatasi.
Seorang pegawai Rumah Putih juga berkata rundingan yang "sangat rumit, sangat sensitif" itu sudah mencatat kemajuan.
"Saya percaya kita lebih dekat daripada yang apa yang dipertikaikan sejak sekian lama, mungkin lebih dekat berbanding sejak permulaan proses ini, untuk menyelesaikan perjanjian ini," timbalan penasihat keselamatan Rumah Putih Jon Finer memberitahu rancangan NBC "Meet the Press".

Sumber : AGENCIES/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.