Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perjanjian Ekonomi Hijau dalam agenda pertemuan PM Lee, PM Albanese

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2022 07:57PM Dikemas Kini : 17 Oct 2022 08:42PM
CANBERRA: Satu Perjanjian Ekonomi Hijau (GEA) yang pertama seumpamanya, dijangka menjadi salah satu agenda yang bakal dibincangkan apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong bertemu dengan rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese pada Selasa (18 Okt).

GEA itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk mempercepatkan peralihan kedua-dua negara untuk mencapai masa depan yang lebih mesra alam.

Mesyuarat antara PM Lee dengan PM Albanese merupakan sebahagian daripada Mesyuarat Tahunan Para Pemimpin Singapura-Australia di bawah Kerjasama Strategik Menyeluruh dua hala.

PM Lee tiba di ibu kota Canberra pada siang Isnin (17 Okt) di mana beliau disambut Penolong Menteri Australia kepada Perdana Menteri, Encik Patrick Gorman.

Sebelum itu, PM Lee turut melawat Sydney di mana beliau menemui wakil kanan dan zamil penyelidik pusat kajian Institut Lowy.

Turut ditemui, para pemimpin kanan sektor perniagaan di satu jamuan tengah hari anjuran Asia Society Australia.

Lawatan tiga hari PM Lee ke Australia akan berakhir esok (18 Okt).
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan