Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perjanjian bijirin Laut Hitam dilanjutkan lagi 120 hari

Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Perjanjian bijirin Laut Hitam, yang membenarkan Ukraine mengeksport tanaman dari pelabuhan-pelabuhan utama, sudah diperbaharui untuk dilanjutkan selama lagi 120 hari. Ini meskipun Rusia menuntut bagi pelanjutan yang lebih singkat.

Rundingan-rundingan berjalan lancar, dengan perjanjian itu akan tamat tempoh dalam masa beberapa jam.

Mosko sebelum ini berkeras untuk memendekkan perjanjian tersebut kepada hanya 60 hari. Ia menzahirkan kebimbangan mengenai kurangnya kemajuan yang ketara bagi memulihkan eksport pertaniannya kembali ke keadaan sedia kala.

Inisiatif bijirin Laut Hitam membolehkan penghantaran lebih 24 juta tan bijirin dari Ukraine sejak perjanjian itu diuruskan Julai lalu.

Jumlah besar yang dieksport itu penting untuk mencegah krisis makanan sejagat daripada bertambah teruk selain mengurangkan tekanan terhadap inflasi.
Sumber : AGENCIES/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan