Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perjalanan udara terus kukuh pada April, kata IATA

Anggaran Waktu Membaca:
Perjalanan udara terus kukuh pada April, kata IATA

Sebuah pesawat dipetik semasa menuju ke Lapangan Terbang Changi pada 10 Sep 2021. (Gambar: Gaya Chandramohan)

KUALA LUMPUR: Perjalanan udara meneruskan aliran pemulihan yang kukuh pada April walaupun perang di Ukraine dan sekatan perjalanan di China, didorong terutamanya oleh permintaan antarabangsa, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Dalam satu kenyataan pada Khamis (9 Jun), persatuan itu menyatakan permintaan untuk perjalanan udara pada April 2022, seperti yang diukur mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 78.7 peratus berbanding pada April 2021 dan sedikit mendahului peningkatan 76 peratus tahun ke tahun Mac 2022.

“Dengan pemansuhan banyak sekatan sempadan, kami melihat lonjakan tempahan yang telah lama dijangkakan apabila orang ramai berusaha untuk menebus kehilangan peluang perjalanan selama dua tahun. Data April menunjukkan keyakinan pada hampir semua pasaran, kecuali China, yang terus menyekat perjalanan dengan ketat,” kata Ketua Pengarah IATA Willie Walsh dalam satu kenyataan. 

Menurut IATA  RPK antarabangsa naik 331.9 peratus berbanding April 2021, peningkatan lebih 289.9 peratus kenaikan pada Mac 2022 berbanding setahun lalu.

Ia menyatakan bahawa beberapa kawasan laluan berada melebihi paras pra-pandemik, termasuk Eropah-Amerika Tengah, Timur Tengah-Amerika Utara dan Amerika Utara-Amerika Tengah. Walau bagaimanapun, RPK antarabangsa April 2022 turun 43.4 peratus berbanding bulan yang sama pada 2019.

Sementara itu, IATA berkata perjalanan udara domestik April turun 1.0 peratus berbanding tempoh tahun lepas, pembalikan daripada kenaikan 10.6 peratus permintaan pada Mac, didorong sepenuhnya oleh lanjutan sekatan perjalanan yang ketat di China, menyebabkan trafik domestik turun 80.8 peratus tahun ke tahun.

Secara keseluruhan, trafik domestik April turun 25.8 peratus berbanding April 2019, tambahnya.

Sumber : Bernama/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan