Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perisytiharan G20 kutuk keras serangan Rusia ke atas Ukraine, gesa Mosko tanpa syarat

Anggaran Waktu Membaca:
Perisytiharan G20 kutuk keras serangan Rusia ke atas Ukraine, gesa Mosko tanpa syarat

(Gambar: Dita Alangkara / POOL / AFP)

NUSA DUA: Sidang Puncak G20 di Bali, Indonesia tamat pada Rabu (16 Nov) dengan negara-negara anggota mengutuk keras serangan Rusia ke atas Ukraine.

Menerusi satu perisytiharan yang dikeluarkan di akhir sidang dua hari itu, ia juga menuntut Rusia supaya berundur tanpa syarat.

Kedudukan yang diambil oleh China dan India bagaimanapun tidak begitu jelas, namun kedua-dua negara pernah mengambil pendirian berkecuali daripada ketetapan serupa di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac.

Perisytiharan tersebut bagaimanapun mengiktiraf bahawa ada pandangan dan penilaian berbeza-beza mengenai perang Ukraine dan isu sekatannya.

Perisytiharan itu juga menyebut bahawa ancaman penggunaan senjata nuklear sememangnya tidak boleh diterima.

Selain itu, ia juga menekankan peri pentingnya menegakkan undang-undang antarabangsa dan sistem berbilang hala yang melindungi keamanan dan kestabilan.
Sumber : Agensi berita/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan