Perintah berkurung dikuatkuasakan di 5 kota kecil di wilayah Rakhine
Perintah berkurung dikuatkuasakan di lima kota kecil di wilayah Rakhine, Myanmar.
YANGON: Perintah berkurung dikuatkuasakan di lima kota kecil di wilayah Rakhine, Myanmar.
Langkah keselamatan itu dikuatkuasakan berikutan pertempuran semakin buruk antara tentera pemerintah dengan pihak pemberontak, Tentera Arakan, di wilayah tersebut yang bermula Januari lalu.
Perintah berkurung malam ke pagi yang dikuatkuasakan sejak semalam (2 Apr)dijangka berterusan dua bulan.
Ia melarang para penduduk keluar rumah antara 9.00 malam hingga 5.00 pagi.
Akibatnya, hampir 100,000 penduduk di Rakhine tidak dapat perkhidmatan penting kerana kumpulan-kumpulan bantuan kemanusiaan tidak boleh memasuki kawasan-kawasan terjejas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.