Perincian rundingan damai dengan Taliban akan diumumkan hujung Februari
Para pegawai dari Afghanistan, Pakistan, Amerika Syarikat dan China bertemu di Kabul hari ini untuk menetapkan tarikh bagi rundingan dengan kumpulan Taliban selepas proses perdamaian tahun lepas gagal membuahkan hasil.
Menteri Luar Afghanistan, Sallahuddin Rabbani, mempengerusikan rundingan damai ke-4 di istana presiden di Kabul. (Foto: AFP/Shah Marai)
KABUL: Para pegawai dari Afghanistan, Pakistan, Amerika Syarikat dan China bertemu di Kabul hari ini untuk menetapkan tarikh bagi rundingan dengan kumpulan Taliban selepas proses perdamaian tahun lepas gagal membuahkan hasil.
Mesyuarat itu yang keempat dalam siri pertemuan empat negara itu.
Dalam ucapan pembukaannya, Menteri Luar Afghanistan, Salahuddin Rabbani, mengulangi bahawa perincian bagi perundingan damai dengan Taliban akan diumumkan hujung bulan ini.
Kumpulan militan itu yang semakin dibelenggu dengan perbalahan antara puak, masih belum memberikan jawapan sama ada ia akan menyertainya nanti.
Ketua baru Taliban, Mullah Akhtar Mansour, sudah meletakkan beberapa syarat bagi menyertai rundingan itu. Namun sebuah kelompok pecahan Taliban, menolak sebarang rundingan damai.
Pertemuan empat pihak hari ini diadakan di tengah-tengah keganasan yang berterusan. Yang terbaru, 14 orang terkorban dalam satu serangan bom nekad di utara wilayah Kabul semalam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.