Perincian kajian asal usul COVID-19 di China akan didedah kepada umum
Sekumpulan saintis antarabangsa terdiri daripada pakar 10 buah negara dan institut tiba di China untuk bersama-sama dengan pakar tempatan menjalankan kajian saintifik mengenai asal usul COVID-19, bermula hari ini (14 Jan).
Lambang di luar sebuah bangunan WHO di Geneva, Switzerland (Gambar: REUTERS/Denis Balibouse)
BEIJING: Sekumpulan saintis antarabangsa terdiri daripada pakar 10 buah negara dan institut tiba di China untuk bersama-sama dengan pakar tempatan menjalankan kajian saintifik mengenai asal usul COVID-19, bermula hari ini (14 Jan).
Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Margaret Harris ketika diwawancara wartawan CGTN telah memberikan butiran terperinci mengenai kandungan dan skala kajian yang akan dijalankan pasukan tersebut.
Menurut beliau, pihaknya akan mendalami kajian tentang kes COVID-19 yang terawal ditemui di Wuhan dan pelbagai spesies haiwan yang mungkin terlibat dengan wabak berkenaan sambil menggunakan kaedah penyelidikan seperti serum darah makmal dan antibodi.
Katanya lagi, kajian secara teliti oleh pasukan kali ini memerlukan masa lebih panjang.
Selain itu, para saintis akan berkongsi hasil keputusan serta data, melaksanakan sumbang saran, dan mengemukakan beberapa hipotesis penyelidikan.
Tambah beliau, lawatan ke China itu tidak mempunyai kaitan dengan politik, sama seperti yang dimaklumkan Ketua Pengarah WHO sebelum ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.