Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perikatan tentera Arab Saudi hentikan operasi ketenteraan di Yaman semasa Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
Perikatan tentera Arab Saudi hentikan operasi ketenteraan di Yaman semasa Ramadan

Gambar: AFP

Diterbitkan : 30 Mar 2022 01:30PM Dikemas Kini : 31 Mar 2022 09:44PM

RIYADH: Perikatan tentera yang diterajui Arab Saudi menghentikan operasi ketenteraan terhadap pihak pemisah Houthi di Yaman mulai 11.00 pagi Rabu (30 Mac)waktu Singapura.

Ia menyusuli seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar gencatan senjata dilaksanakan di Yaman semasa bulan Ramadan, lapor Reuters.

Langkah itu juga bagi memastikan kejayaan rundingan dan mewujudkan persekitaran yang positif bagi usaha perdamaian sepanjang bulan puasa atas permintaan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Agensi berita negara Saudi SPA memetik kenyataan daripada jurucakap rasmi perikatan itu, Brigedier Jeneral Turki al-Malki, sebagai berkata bahawa pakatan itu akan menghentikan operasi ketenteraan di Yaman mulai Rabu, menurut Agensi Anadolu (AA).

Bagaimanapun ketua Houthi, Mohammed al-Bukaiti berkata gencatan senjata yang diumumkan itu hanya sia-sia jika perikatan tentera Arab terus mengepung jalan laut dan ruang udara Yaman.

PBB sedang berusaha menghasilkan perjanjian damai dan menangani krisis kemanusiaan di Yaman, lapor SPA.

PBB menggesa gencatan senjata sementara pada bulan Ramadan itu sebagai pertukaran untuk membenarkan kapal minyak berlabuh di pelabuhan Hodeidah yang dikuasai Houthi dan sebilangan kecil penerbangan komersil dibenar beroperasi dari lapangan terbang Sanaa, kata sumber yang rapat dengan perkara itu. Ramadan dijangka bermula hujung minggu ini.

Sehingga 27 Mac, empat kapal bahan api sedang menunggu di pelabuhan Hodeidah, termasuk sebuah kapal tangki yang terperangkap di kawasan yang dikuasai pasukan perikatan selama hampir tiga bulan, menurut data PBB.

Perang di Yaman telah berlarutan selama tujuh tahun.

Sepanjang tempoh itu puluhan ribu orang terbunuh.

Jutaan lagi penduduk negara miskin itu pula kini di ambang kebuluran.

Sumber : Agensi berita/SU/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan