Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perikatan Quad AS, Australia, Jepun dan India komited tangani COVID-19, perubahan iklim dan pengaruh China

Anggaran Waktu Membaca:
Perikatan Quad AS, Australia, Jepun dan India komited tangani COVID-19, perubahan iklim dan pengaruh China

Perbincangan antara negara-negara Perikatan Quad, iaitu Amerika Syarikat, India, Jepun dan Australia pada 12 Mac 2021. (Gambar: Alex Wong/Getty Images North America/AFP)

MELBOURNE: Satu pertemuan antara diplomat utama Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan India bermula di Melbourne.

Perikatan Quad itu bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, sedang mereka berusaha menangkis pengaruh China yang semakin meningkat di Indo Pasifik.

Menurut Setiausaha Negara Amerika, Anthony Blinken, mereka berkongsi keprihatinan tentang tindakan agresif China sejak kebelakangan ini di rantau tersebut dan potensi melampauinya.

"Tetapi apa yang menyatukan kita adalah visi bersama untuk masa depan dan juga komitmen untuk mempertahankan peraturan berdasarkan sistem yang telah lama kita usahakan," kata Encik Blinken. 

Pemimpin empat negara tersebut dijangka membincangkan isu tiga "C", iaitu perubahan iklim, COVID-19 dan China.

Ini selain perbincangan mengenai usaha menentang pengganasan dan maklumat salah, serta isu Korea Utara dan Ukraine.

Ini ketika ketegangan semakin memuncak di sempadan antara Rusia dengan Ukraine.

Washington sudah berulang kali memberi amaran tentang potensi serangan Mosko.

Awal dari itu, Perdana Menteri Australia bertemu dengan Encik Blinken dan para menteri luar kumpulan Quad.

Encik Blinken memuji Australia kerana bertindak terhadap pengaruh rejim autokratik di merata dunia.

Setiausaha Negara Amerika itu turut berbincang secara berasingan dengan rakan-rakan sejawatannya dari India dan Jepun. 

Sumber : Agensi berita/AZ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan