Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perikatan PM Modi dijangka menang pilihan raya India

Anggaran Waktu Membaca:
Perikatan PM Modi dijangka menang pilihan raya India

(Gambar: AFP/DIBYANGSHU SARKAR)

NEW DELHI: Perikatan pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP) Perdana Menteri India Narendra Modi dijangka memenangi majoriti undi dalam pilihan raya umum yang berakhir pada Sabtu (1 Jun).

Demikian menurut ringkasan tinjauan oleh saluran berita NDTV.

Ringkasan dua tinjauan meramalkan Perikatan Demokratik Nasional (NDA) yang memerintah mungkin memenangi lebih daripada 350 kerusi dalam dewan parlimen India yang mempunyai 543 anggota, di mana kemenangan 272 kerusi parlimen diperlukan untuk memperolehi majoriti.

Pada pilihan raya pada 2019, NDA meraih 353 kerusi.

Perikatan pembangkang "INDIA" dipimpin parti Kongres Rahul Gandhi diramal meraih lebih daripada 120 kerusi parlimen.

Hampir satu bilion orang layak mengundi dalam pilihan raya tujuh fasa itu, yang bermula pada 19 April dan diadakan semasa musim panas di pelbagai kawasan negara tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengira undi pada 4 Jun dan keputusan dijangka diumumkan pada hari yang sama.

Kemenangan buat Encik Modi, 73 tahun, akan menjadikannya perdana menteri India kedua selepas pemimpin pertama Jawaharlal Nehru untuk berkhidmat selama tiga penggal berturut-turut.

Tinjauan awal meramalkan BJP akan mempertahankan majoriti kerusinya dengan mudah dalam pilihan raya tersebut.

Namun parti itu berdepan kempen bersemangat oleh perikatan "INDIA", yang menimbulkan keraguan tentang persaingan ketat di antara kedua-dua perikatan.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan