Perikatan pimpinan Parti Move Forward Thailand tubuh jawatankuasa peralihan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Lillian Suwanrumpha)
BANGKOK: Perikatan lapan parti politik Thailand yang diterajui Parti Move Forward menubuhkan jawatankuasa peralihan sebagai persiapan untuk membentuk kerajaan baru selepas kemenangan besar dalam pilihan raya pada 14 Mei.
Pemimpin Move Forward dan calon perdana menteri perikatan itu, Pita Limjaroenrat, berkata wakil parti periktan itu akan bersidang setiap minggu sehingga mereka secara rasmi mengambil alih kuasa.
"Kerja kami berjalan lancar dan kami komited untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah rakyat sebaik mungkin,” katanya pada Selasa (30 Mei).
Beliau berkata pembahagian jawatan kabinet akan ditangani kemudian.
Sementara itu, perikatan tersebut juga mencapai persetujuan untuk membentuk tujuh kumpulan kerja yang bertujuan bagi menangani pelbagai isu termasuk elektrik, diesel dan harga tenaga, kemarau dan El Nino, pindaan perlembagaan, kebimbangan alam sekitar dan pencemaran PM2.5, ekonomi serta isu berkaitan dadah.
Kumpulan kerja akan mengadakan mesyuarat tetap untuk memberikan maklumat terkini kepada jawatankuasa peralihan.
Mengenai kedudukan speaker dewan yang bertelagah secara terbuka dengan Move Forward dan Parti Pheu Thai, Encik Pita berkata ia akan diselesaikan secepat mungkin.
Parti Move Forward memenangi 151 daripada 500 kerusi Dewan Perwakilan pada pilihan raya lalu manakala Parti Pheu Thai, yang dikaitkan dengan mantan Perdana Menteri Thailand yang melarikan diri untuk hidup dalam buangan, Thaksin Shinawatra, memenangi 141 kerusi.
Kedua-duanya bersetuju untuk membentuk perikatan bersama-sama enam parti lain - Prachachat, Thai Sang Thai, Pue Thai Rumphlang, Thai Liberal Party, Fair Party dan Plung Sungkom Mai.
Perikatan itu dibentuk dengan 313 daripada 500 kerusi dewan perwakilan rakyat, dengan 400 kerusi yang dimenangi calon kawasan pilihan raya manakala 100 kerusi parti diperuntukkan secara perwakilan berkadar.
Encik Pita memerlukan 64 undi lagi bagi memastikan beliau dilantik sebagai perdana menteri seterusnya Thailand. Sejumlah 250 senator yang dipilih oleh kerajaan terdahulu juga akan memutuskan perdana menteri baru.
Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai masa sehingga 13 Julai untuk mengesahkan secara rasmi keputusan pilihan raya yang membolehkan persidangan pertama parlimen diadakan dan pemilihan perdana menteri Thailand.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.