Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perikatan Nasional tawar cuti umum jika menang PRU15 M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) akan mengisytiharkan cuti umum sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Malaysia.

Pengerusinya, Muhyiddin Yassin, berkata cuti umum itu adalah pada 20 November (Ahad) bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dan 21 November (Isnin) bagi negeri lain, lapor BH Online.

"Tawaran ini tiada dalam Tawaran PN Best. Saya tahu keinginan rakyat untuk mengundi amat tinggi. Ini termasuk pengundi luar yang terpaksa mengundi di kampung halaman atau di tempat lain daripada tempat tinggal mereka.

"Jadi saya nak umumkan, jika PN menang dalam pilihan raya pada hari Sabtu 19 November nanti, kita akan isytihar cuti umum pada hari Ahad (20 Nov) bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, manakala hari Isnin (21 Nov) bagi negeri-negeri lain," katanya ketika mengumumkan pelancaran Tawaran PN Best di Shah Alam pada Ahad (6 Nov).

Tawaran PN Best bertemakan 'Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang' merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan