Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perikatan Nasional muktamad senarai calon PRN Johor minggu depan

Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata pengerusinya Muhyiddin Yassin.

Anggaran Waktu Membaca:
Perikatan Nasional muktamad senarai calon PRN Johor minggu depan

Muhyiddin Yassin. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata pengerusinya Muhyiddin Yassin.

Encik Muhyiddin berkata perbincangan mengenai perkara itu diadakan bersama PAS dan Gerakan.

"Senarai calon dah ada, tapi kita belum putuskan siapa yang nak dipilih. Dalam masa seminggu kita akan putuskan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Resepsi tahun Baru Cina anjuran Gerakan hari ini (1 Feb). 

Turut hadir Presiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Pengerusi PN Mohd Faizal Azumu; Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin dan Ketua Wanita PN Rina Mohd Harun. 

Encik Muhyiddin sebelum ini berkata PN akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor. 

Ketika ditanya siapakah calon yang akan mengambil alih tempatnya di DUN Gambir selepas beliau tidak berhasrat mempertahankan kerusi itu, Encik Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu berkata: "Tunggu sahaja, Johor ramai calon yang berkelayakan kadang-kadang susah nak pilih sebab ramai yang layak." 

Sementara itu, Lau berkata Gerakan menyerahkan kepada pucuk pimpinan PN mengenai kerusi yang akan diagihkan kepada parti itu pada PRN Johor. 

Beliau mengakui parti itu memang berminat untuk bertanding di beberapa kawasan DUN dan menyerahkan senarai calon-calonnya kepada pucuk pimpinan PN, namun beliau enggan mendedahkan lebih lanjut mengenainya.

PRN Johor bakal diadakan selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membubarkan DUN pada 22 Januari lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini bagi menentukan tarikh PRN.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan