Skip to main content

Dunia

Perikatan Nasional akan tanding semua kerusi DUN bagi PRN Melaka

Anggaran Waktu Membaca:
Perikatan Nasional akan tanding semua kerusi DUN bagi PRN Melaka

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 31 May 2026 09:59AM Dikemas Kini : 31 May 2026 10:01AM
  • Perikatan Nasional mengesahkan akan bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka pada Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
  • Muhyiddin Yassin menyatakan pembahagian kerusi dimuktamadkan melalui rundingan bersama parti komponen untuk strategi terbaik.
  • Calon akan dipilih berdasarkan keperibadian, integriti, pengalaman, dan hubungan dengan masyarakat setempat, dengan ketua bahagian Bersatu diminta mencadangkan nama.
  • PN juga terbuka untuk rundingan dengan parti lain yang berminat bekerjasama, dengan keputusan pembahagian kerusi dibuat secara bersama.
Dijana oleh AI

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) mengesahkan akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PN Muhyiddin Yassin berkata pembahagian kerusi akan dimuktamadkan menerusi rundingan bersama parti komponen bagi memastikan strategi terbaik dapat dirangka untuk meraih kemenangan.

Beliau berkata PN kini berada dalam keadaan bersedia menghadapi pilihan raya dengan jentera di semua peringkat sedang diperkukuhkan, manakala ketua-ketua bahagian Bersatu telah diminta mengemukakan nama calon yang layak untuk dipertimbangkan.

Beliau berkata pemilihan calon akan dibuat berdasarkan beberapa kriteria termasuk keperibadian dan integriti yang baik, rekod kerja cemerlang, pengalaman serta hubungan rapat dengan masyarakat setempat.

“Semua orang boleh menawarkan diri untuk bertanding, tetapi kita mahukan tokoh yang mempunyai keperibadian dan pekerja yang baik, mempunyai pengalaman serta dekat dengan penduduk,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Bersatu Melaka di Klebang malam tadi.

Beliau turut memaklumkan PN akan meneruskan rundingan dengan parti lain yang berminat bekerjasama menjelang PRN Melaka, dengan sebarang pembahagian kerusi diputuskan menerusi rundingan bersama.

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita