Perhimpunan Agung UMNO ditetapkan dari 7 hingga 10 Jun
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat (7 Apr)menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun depan, kata presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
Encik Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, berkata perhimpunan agung itu diadakan lebih awal berbanding kebiasaan, sebelum jentera parti turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.
"Pada 14 Mei ini pula di Pusat Dagangan Dunia (WTC), kita akan akan adakan konvensyen parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dan kita juga akan sama-sama dengan parti lain bergerak bukan sahaja untuk PRN di enam negeri, tetapi juga sebagai pasukan untuk pemantapan kerajaan.
"Jika kita satukan saf kepimpinan, kerajaan ini akan kekal sehingga sekurang-kurangnya hingga Pilihan Raya Umum ke-16," katanya semasa Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysia di WTC Kuala Lumpur pada Jumaat.
Beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) amat menghargai kerjasama rakan-rakan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dan akan terus mendukung aspirasi kerajaan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.