Perhimpunan Agung UMNO ditangguh ke awal Jan 2023

(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, yang pada mulanya dijadual berlangsung pada Disember 2022, ditangguhkan ke awal Januari 2023.
Demikian menurut laporan Astro AWANI.
Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan tarikh baru PAU ialah antara 11 hingga 14 Januari 2023.
"Oleh kerana 21 hingga 24 Disember adalah waktu cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat, maka Perhimpunan Agung UMNO ditangguh," kata beliau menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Isnin malam (5 Dis), lapor Astro AWANI.
Selain itu, beliau turut memaklumkan, notis PAU 2022 juga akan dihantar secara rasmi tidak lama lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.