Skip to main content

Dunia

Perhimpunan Agung UMNO 29 dan 30 Sept

Dr Ahmad Zahid mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Kuala Lumpur pada Jumaat (27 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Perhimpunan Agung UMNO 29 dan 30 Sept

Bendera UMNO. (Gambar fail: Tengku Bahar/ AFP)

Diterbitkan : 28 Jul 2018 11:24AM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 11:45AM

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2018 dijadual berlangsung pada 29 dan 30 Sept ini, kata presiden parti Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ini menurut Astro Awani.

Beliau berkata ia dimulakan dengan perhimpunan sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pada 29 Sept, diikuti persidangan parti keesokan harinya.

Dr Ahmad Zahid mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Kuala Lumpur pada Jumaat (27 Jul), lapor Astro Awani.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata mesyuarat pada Jumaat (27 Jul) turut memutuskan untuk menurunkan had umur keanggotaan parti dari 18 kepada 16 tahun.

"Kita perlu bersiap sedia dan kita merasakan umur belia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa adalah (dari) 15 tahun, jadi kita ambil setahun lewat daripada definisi umur belia," katanya

Selain itu, MT UMNO juga bersetuju menubuhkan jemaah penasihat yang akan dipengerusikan veteran parti Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha melakukan penambahbaikan terhadap parti, lapor Astro Awani lagi.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita