Perhimpunan Agung UMNO 2024: Titik bangkit kembali atau retorik berulangan?
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Fadza Ishak/CNA)
SINGAPURA: Tidak seperti Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada tahun-tahun sebelum ini, sentimen lebih positif dapat dirasakan di Dewan Merdeka dalam edisi PAU 2024.
Mentelah lagi, parti paling besar dan lama di Malaysia itu baru sahaja merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri daripada parti Bersatu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.
Dengan kemenangan majoriti lebih 3,000 undian, timbul retorik adakah UMNO sudah mula memenangi semula hati para pengundi Melayu?
Laungan agar UMNO bangkit kembali menjadi dominan dalam landskap politik Malaysia juga kuat kedengaran di PAU 2024.
SATU PERMULAAN BAHARU?
Malah, beberapa perwakilan dalam ucapan mereka turut menyarankan agar UMNO dan Barisan Nasional bergerak secara sendiri serta menggunakan simbol dacing dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang perlu diadakan menjelang 2027.
Mereka termasuk Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Salleh dan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan.

Pun begitu, beberapa ahli tertinggi UMNO termasuk Presiden Ahmad Zahid Hamidi pula menekankan perlunya satu kerjasama dalam PRU16 nanti.
"Jika kita lihat situasi semasa, semua parti dan gabungan politik hanya ada sekitar 30 hingga 40 kerusi Parlimen. Ini adalah satu cerminan demokrasi Malaysia yang semakin matang," kata beliau kepada lebih 6,400 perwakilan.
Kenyataan tersebut dipersetujui para pengamat yang menambah untuk UMNO kembali dominan adalah satu cabaran besar.
Pakar Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Syaza Syukri memberitahu CNA: "Sukar hendak dibayangkan sebuah parti mendapat majoriti dalam PRU seterusnya. Itulah sebabnya saya fikir kerjasama pasca pilihan raya adalah yang terbaik buat mana-mana parti termasuk UMNO."
Penyelidik Sains Politik Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi menambah meskipun sasaran itu sesuatu yang idealistik, ia hanya boleh tercapai jika UMNO mengekalkan rentak daripada kemenangan di Nenggiri.
"Masih terlalu siang untuk mereka menyebut tentang kembali dominan tetapi jika mereka ada momentum mungkin boleh untuk mereka menang 65 kerusi. Angka itu pun dalam konteks sekarang ini tidak cukup untuk menjadi dominan," jelas Prof Awang Azman.
Rentak itu boleh diperhatikan dalam tempoh beberapa bulan atau tahun akan datang.
Malaysia bakal menyaksikan PRK DUN Mahkota di Johor pada bulan hadapan selain dua Pilihan Raya Negeri di Sabah serta Johor dalam tempoh dua tahun akan datang.
AKUR KEPADA TEKNOLOGI; DEKATI GOLONGAN BELIA
Jika diperhatikan dalam PAU 2024, persiapan bagi mengharungi pilihan raya sudah bermula bagi UMNO.
Encik Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkongsi UMNO akan memberikan lebih penekanan terhadap politik digital.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Azalina Othman menjelaskan ini termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) demi memastikan parti itu kekal berdaya saing dalam dunia kini yang semakin hebat perihal "perang persepsi".
Antara sasaran diharapkan adalah bagaimana parti itu dapat memanfaatkan sepenuhnya AI dalam menyampaikan mesej lebih berkesan kepada rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.
"Politik berdasarkan AI akan mendominasi perang psikologi dalam PRU seterusnya. Sayap Pemuda dan Puteri kita mesti menjadi suara parti dalam dunia digital dan mencipta kandungan sambil menjadi pempengaruh untuk merubah persepsi belia terhadap parti," ujar Encik Ahmad Zahid.

Lantaran itu, beliau menambah UMNO mesti menilai diri sendiri secara kritikal supaya parti itu dapat terus maju.
Dr Syaza menambah: "UMNO mungkin boleh mencari sesuatu untuk menjadi relevan dan penting. Ia boleh menjadi parti Melayu moderat dan dengan cara ini membina parti itu sekali lagi."
Dr Syaza juga mengingatkan bahawa walaupun kini UMNO kurang daya tarikan, parti itu masih mempunyai sumber lebih banyak berbanding parti-parti pembangkang.
Jika sumber itu digunakan dengan strategi betul, tambah Dr Syaza, UMNO boleh meraih semula sokongan rakyat walaupun tidak seperti dahulu.

GESAAN NAJIB RAZAK TERIMA PENGAMPUNAN PENUH
Dalam pada itu, gesaan agar mantan Presiden UMNO Najib Razak menerima pengampunan penuh membayangi PAU 2024.
Malah, segenap perwakilan percaya pembebasan Encik Najib pasti mengukuhkan semula sokongan pengundi muda kepada UMNO.
"Semasa pentadbiran Najib, banyak peluang dan ruang diberikan kepada golongan muda. Jadi pasti apabila Najib dibebaskan, akan ada kesan terhadap sokongan muda kepada parti kita," kata Dr Akmal dalam satu sidang media selepas PAU 2024.
Timbalan Ketua Bahagian Setiu UMNO Mohd Iskandar Jaafar pula yakin pembebasan Encik Najib akan menyebabkan para penyokong UMNO memberikan sokongan kepada bekas seteru, Pakatan Harapan.
Beliau menambah bahawa imej Kerajaan Perpaduan akan bertambah baik jika pembebasan itu berlaku.
Zamil Kanan Institut Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun berkata ramai ahli UMNO mengharapkan kepulangan Encik Najib untuk memimpin parti berkenaan.
Beliau berkata kepada satu akhbar tempatan: "Ramai benar-benar percaya Najib adalah anak kunci untuk menghidupkan semula nasib politik UMNO yang mana mereka boleh merampas semula sokongan orang Melayu daripada seteru mereka."
Namun, Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil pada Isnin (26 Ogos) menegaskan bahawa proses yang sah mengikut undang-undang mesti dipatuhi berhubung proses pengampunan.
Dengan gesaan atau bergantungnya harapan terhadap pembebasan Encik Najib demi penakatan UMNO, timbul soalan: Adakah PAU 2024 satu titik permulaan untuk parti tersebut bangkit semula atau sekadar platform untuk isu yang sama diulang tayang?

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.