Skip to main content

Dunia

Perhimpunan Agung UMNO 2019 bermula di KL

Perhimpunan Agung UMNO 2019 bermula di Kuala Lumpur hari ini (6 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Perhimpunan Agung UMNO 2019 bermula di KL
Diterbitkan : 06 Dec 2019 05:57PM Dikemas Kini : 06 Dec 2019 06:04PM

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2019 bermula di Kuala Lumpur hari ini (6 Dis).

Sepanjang Perhimpunan tahunan itu, sayap-sayap UMNO dijangka melahirkan ideologi yang baharu dan segar dalam menghadapi pilihan raya seterusnya.

Presiden-presiden UMNO dan PAS duduk sebaris di atas pentas, sebagai tanda hubungan yang kian akrab antara dua parti pembangkang itu.

Ini pertama kali UMNO dan PAS duduk semeja selepas mereka mengesahkan kerjasama dua pihak pada September lalu.

Perikatan dipanggil "Muafakat Nasional" itu bertujuan memperjuangkan isu-isu Melayu-Islam yang menurut kedua-dua parti, diabaikan oleh pemerintah Pakatan Harapan.

Ini merupakan perhimpunan agung UMNO yang kedua selepas Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Perhimpunan tahun ini lebih bersemangat selepas pembangkang yang diketuai UMNO menang empat daripada lima pilihan raya kecil tahun ini.

"Saudara-saudari apa yang penting, niat kita hanya satu - kita mahu menang semula dalam pilihan raya umum ke-15 dan seterusnya," kata Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Di perhimpunan itu, para wakil dijangka membincangkan sama ada perikatan UMNO-PAS harus dibuka kepada parti-parti komponen BN yang lain.

Sebuah Jawatankuasa Teknikal sudah dibentuk untuk meninjau bagaimana untuk menginstitusikan "Muafakat Nasional."

Sumber : Bernama/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita