Perhimpunan Agung PBB sokong penyertaan Palestin; Amerika digesa segera batalkan keputusan halang delegasi Palestin
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Palestin Mahmoud Abbas. (Gambar: AP)
UN General Assembly backs Palestinian participation; US urged to immediately revoke decision blocking Palestinian delegation
- The UN General Assembly on Sep 17 backed a resolution urging the United States to lift obstacles to the physical attendance of the Palestinian delegation at the 81st session.
- The Palestinian Ministry of Foreign Affairs said 152 countries supported the resolution, which was seen as rejecting efforts to restrict Palestinian participation and as violating the UN Headquarters Agreement.
- Washington has extended visa restrictions on Palestinian Authority and PLO officials, including Mahmoud Abbas, on the grounds that the Palestinian leadership is undermining the prospects for peace.
- The Palestinians rejected that reason as unjustified, while Abbas is scheduled to speak by video at the General Debate beginning on Sep 22 in New York.
- Perhimpunan Agung PBB pada 17 September menyokong ketetapan yang mendesak Amerika Syarikat membatalkan halangan terhadap kehadiran fizikal delegasi Palestin dalam sesi ke-81.
- Kementerian Luar Palestin berkata 152 negara menyokong resolusi itu, yang dilihat menolak usaha menyekat penyertaan Palestin dan melanggar Perjanjian Ibu Pejabat PBB.
- Washington melanjutkan sekatan visa terhadap pegawai Penguasa Palestin dan PLO, termasuk Mahmoud Abbas, dengan alasan kepimpinan Palestin menjejaskan prospek keamanan.
- Pihak Palestin menolak alasan itu sebagai tidak wajar, sementara Abbas dijadual berucap melalui video bagi Perbahasan Agung yang bermula 22 September di New York.
ISTANBUL: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong ketetapan pada Khamis (17 Sep) yang menyeru Amerika Syarikat supaya segera membatalkan keputusan menghalang delegasi Palestin mengambil bahagian secara bersemuka dalam sesi ke-81, menurut Kementerian Luar Palestin.
Menurut kementerian itu, 152 negara mengundi menyokong ketetapan tersebut dan menyifatkan keputusan Amerika Syarikat jelas melanggar Perjanjian Ibu Pejabat PBB, lapor Anadolu Ajansi.
Pihak kementerian memaklumkan bahawa Presiden Palestin Mahmoud Abbas akan menyampaikan ucapannya pada Perhimpunan Agung menerusi video pada tarikh dan masa yang dijadualkan.
Kementerian itu berterima kasih kepada negara-negara yang menaja dan menyokong resolusi berkenaan, menekankan bahawa undian itu mewakili penolakan percubaan untuk menghalang Palestin daripada mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agung PBB.
Pada awal Khamis, Washington melanjutkan sekatan visa terhadap pegawai Penguasa Palestin dan anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), sekali gus menghalang Encik Abbas dan pegawai kanan lain daripada menghadiri mesyuarat peringkat tinggi itu di New York secara bersemuka.
Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, sekatan itu berkaitan apa yang disifatkannya sebagai kegagalan kepimpinan Palestin untuk memenuhi komitmen dan tindakan yang menjejaskan prospek keamanan.
Pihak berkuasa Palestin menolak justifikasi Amerika Syarikat sebagai "tidak wajar."
Sesi ke-81 Perhimpunan Agung PBB membuka tirai pada 8 September, dengan Perbahasan Agung peringkat tinggi dijadualkan bermula 22 September.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.