Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perhimpunan Agung PBB seru Rusia berundur dari Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Perhimpunan Agung PBB seru Rusia berundur dari Ukraine

Logo Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). (Gambar: AFP/Ludovic Marin)

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pengunduran tentera Rusia dari Ukraine, dengan 141 daripada 193 undian memihak kepada resolusi berkenaan, lapor agensi akhbar Jerman dpa.

Undian resolusi PBB itu dilihat sebagai ujian global terhadap sentimen perang yang dilancarkan Rusia terhadap jirannya ketika konflik itu memasuki tahun kedua.

Beberapa negara lain mengambil pendekatan berkecuali, manakala enam negara iaitu Belarus, Korea Utara, Eritrea, Mali, Nicaragua dan Syria mengundi menentang resolusi itu, selain Rusia.

Resolusi itu mengandungi tuntutan keamanan dan pengunduran Mosko.

Keputusan itu menangkis tuduhan bahawa sokongan terhadap Kyiv semakin berkurangan terutama membabitkan negara-negara yang bergantung kepada bahan api Rusia.
Sumber : Bernama/AW/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan