Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar situasi Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Carikan Gaza pada Rabu (4 Dis), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Wakil Tetap Palestin ke PBB Riyad Mansour menegaskan bahawa pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap penduduk awam Palestin tanpa henti selepas 424 hari, melanggar semua peraturan undang-undang antarabangsa dan melintasi semua garis merah.
Beliau menyeru semua negara untuk menggunakan pengaruh mereka bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, sambil menekankan bahawa mencapai gencatan senjata segera dan tanpa syarat adalah satu-satunya cara untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan melindungi nyawa.
Beliau berkata demikian di Perhimpunan Agung PBB yang mengundi semalam dengan majoriti besar menyokong untuk menamatkan kehadiran haram Israel di wilayah Palestin dan memihak kepada persidangan antarabangsa peringkat tinggi untuk melaksanakan resolusi PBB, terutamanya yang berkaitan dengan penyelesaian damai isu Palestin dan huraian dua negara.
Beliau juga menegaskan bahawa hak rakyat Palestin tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitulmakdis Timur sebagai ibu negaranya, adalah satu-satunya cara untuk mengubah rantau itu.
Beliau turut menegaskan bahawa mencapai keamanan di rantau itu boleh menyumbang kepada perubahan dunia.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.