Skip to main content

Dunia

Perhimpunan Agung PBB adakan mesyuarat tergempar mengenai Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
 Perhimpunan Agung PBB adakan mesyuarat tergempar mengenai Gaza

(Gambar: AFP/Ed Jones)

Diterbitkan : 26 Oct 2023 10:53PM
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York akan mengadakan sesi tergempar khas mengenai konflik Israel-Gaza pada Khamis (26 Okt).

Ini sedang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terus terus buntu dalam membuat keputusan ketika keadaan di Carikan Gaza bertambah buruk.

Laman web PBB sedang mengemas kini secara langsung Sidang Khas Tergempar Perhimpunan Agung PBB yang dijangka bermula pada pukul 10.00 waktu New York (10.00 malam waktu Singapura).

Wakil Palestin dijangka berucap kepada negara-negara anggota PBB dahulu, diikuti dengan Israel.

Pada Rabu (25 Okt), Majlis Keselamatan PBB gagal untuk mencapai kata sepakat terhadap dua resolusi untuk menangani krisis kemanusiaan itu. China dan Rusia menolak draf ketetapan itu yang diketuai Amerika Syarikat, manakala ketetapan kedua disokong oleh Rusia pula gagal memperolehi undian yang mencukupi untuk meluluskannya.

Ini berikutan kegagalan di Majlis tersebut untuk bersatu minggu lalu. Draf resolusi diketuai Rusia yang menggesa "gencatan senjata kemanusiaan segera" ditolak pada Isnin (16 Okt) lalu.
Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan pada Khamis (26 Okt), bahawa angka kematian rakyat Palestin akibat serangan udara Israel di Carikan Gaza sejak 7 Oktober melonjak kepada 7,028.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita