Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pergolakan di Hong Kong 'bukan berita baik bagi S'pura', kata ketua MAS

Pergolakan politik yang berlarutan di Hong Kong bukan berita baik untuk Singapura, menurut Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon pada Khamis (27 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Pergolakan di Hong Kong 'bukan berita baik bagi S'pura', kata ketua MAS

Pergolakan politik yang berlarutan di Hong Kong bukan berita baik untuk Singapura. (Gambar: Tyrone Siu/Reuters)

Diterbitkan : 27 Jun 2019 04:49PM Dikemas Kini : 27 Jun 2019 04:51PM

SINGAPURA: Pergolakan politik yang berlarutan di Hong Kong bukan berita baik untuk Singapura, menurut Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon pada Khamis (27 Jun).

Singapura juga belum lagi melihat sebarang aliran dana yang besar dari Hong Kong, di mana berjuta-juta orang membanjiri jalan raya untuk mengadakan tunjuk perasaan sepanjang minggu lalu bagi membantah rang undang-undang ekstradisi yang mencetuskan kontroversi di bandar itu.

Encik Menon berkata demikian semasa menjawab pertanyaan di sidang media mengenai sama ada Singapura meraih manfaat daripada ketidaktentuan di Hong Kong baru-baru ini.

Menurut laporan media, yang menukil para pakar, ketidaktentuan politik yang berterusan boleh menjejas reputasi Hong Kong sebagai sebuah hab kewangan. Ini pula mungkin akan memanfaatkan Singapura, menurut laporan-laporan tersebut.

Sehubungan itu, Encik Menon menegaskan bahawa berdasarkan data dan urusan dengan insititusi-institusi kewangan, "tiada perubahan ketara pada perniagaan mahupun dana ke Singapura dari Hong Kong.

Encik Menon turut menekankan bahawa sebarang ketidaktentuan boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap rantau ini dan ia akan menjejas Singapura. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan