Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pergerakan jemaah haji dari Arafah ke Muzdalifah 'satu kejayaan besar', kata Putera Khaled Al-Faisal

Anggaran Waktu Membaca:

MUZDALIFAH: Gabenor Makkah dan Penasihat Penjaga Dua Masjid Suci Putera Khaled Al-Faisal mengumumkan bahawa pergerakan jemaah haji dari Arafah ke Muzdalifah adalah satu kejayaan besar.

Putera Khaled yang juga adalah pengerusi Jawatankuasa Pusat Haji berkata rancangan itu dilaksanakan dalam tempoh empat jam dengan lancar dan selesa. 

Pergerakan para jemaah ke Muzdalifah menaiki kereta api dan bas Mashaer beroperasi tanpa melaporkan sebarang insiden keselamatan, trafik dan kesihatan, lapor Saudi Gazette. 

Antara 899,353 jemaah yang disediakan pengangkutan, 205,000 daripada mereka memanfaatkan khidmat kereta api, manakala lagi 699,348 jemaah dibawa menerusi 16,000 bas. 

Menurut Putera Khaled Al-Faisal, pergerakan jemaah di Tapak Suci itu dilaksanakan dengan mudah dan lancar disebabkan oleh khidmat cemerlang yang disediakan oleh kerajaan Saudi. 

Gabenor Makkah itu turut menekankan bahawa semua sektor dan agensi kerajaan yang menyediakan khidmat kepada para jemaah sedang melaksanakan pelan operasi mereka mengikut arahan yang diberikan kepada mereka dan mereka mencapai kejayaan sepenuhnya dalam sektor masing-masing. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan