Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pereka Menara Petronas, arkitek César Pelli, meninggal dunia

César Pelli, warga Argentina yang merupakan arkitek yang mereka Menara Kembar Petronas, meninggal dunia pada usia 92 tahun. Demikian menurut laporan media dan para pegawai tempatan pada Jumaat (19 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Pereka Menara Petronas, arkitek César Pelli, meninggal dunia

Gambar fail CC)sar Pelli sedang menyampaikan ucapan pada 2009 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2019 03:17PM Dikemas Kini : 20 Jul 2019 03:22PM

BUENOS AIRES: César Pelli, warga Argentina yang merupakan arkitek yang mereka Menara Kembar Petronas, meninggal dunia pada usia 92 tahun. Demikian menurut laporan media dan para pegawai tempatan pada Jumaat (19 Jul).

Mendiang Pelli yang dibesarkan di Argentina dan mempelajari bidang senibina di Universiti Tucumán di barat daya negara itu, menempa nama sebagai seorang arkitek dan pendidik di Amerika Syarikat, tempat pangkalan studio utamanya.

Agensi berita Argentina, Telam, melaporkan beliau meninggal dunia pada Jumaat. Gabenor wilayah Tucuman, tempat Pelli dibesarkan, turut menulis tentang pemergian arkitek itu.

"Dengan berat hati kami menerima khabar sedih pemergian arkitek terulung César Pelli," tulis gabenor itu Juan Manzur di Twitter.

"Saya ingin menyampaikan takziah kepada seluruh keluarganya, rakan-rakannya dan pasukan kerjanya."

Pada 1977, Encik Pelli menjadi dekan Sekolah Senibina di Universiti Yale dan mengasaskan Cesar Pelli & Associates, menurut biografi di laman studionya yang berpangkalan di New Haven, Connecticut. Studio tersebut dinamakan semula sebagai Pelli Clarke Pelli dan menyenaraikan pejabat-pejabat di New York, Abu Dhabi, San Francisco, Tokyo dan Shanghai.

Selain Menara Petronas yang pada satu masa merupakan bangunan tertinggi di dunia, hasil rekaan Encik Pelli termasuk Pusat Kewangan Dunia di New York, Menara Dermaga Canary di London dan kerja-kerja renovasi di Museum Seni Moden New York.

Reuters setakat ini belum dapat menghubungi firmanya bagi mendapatkan komen.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan