Skip to main content

Dunia

Pereka fesyen Kate Spade ditemui mati di kediamannya

Pereka fesyen Kate Spade, 55 tahun, disahkan meninggal dunia dalam satu insiden yang disyaki tindakan bunuh diri pada pagi semalam (5 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Pereka fesyen Kate Spade ditemui mati di kediamannya

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 06 Jun 2018 08:30AM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 08:52AM

NEW YORK: Pereka fesyen Kate Spade, 55 tahun, disahkan meninggal dunia dalam satu insiden yang disyaki tindakan bunuh diri pada pagi semalam (5 Jun).

Associated Press, yang memetik kenyataan pihak berkuasa, melaporkan bahawa pereka ikonik itu ditemui mati di kediamannya di New York pada jam 10.20 pagi waktu tempatan.

CBS pula melaporkan bahawa Kate Spade meninggalkan sekeping nota sebelum menggantung diri.

Jasad mendiang ditemui oleh pembantu rumahnya.

Kate Spade memulakan kerjayanya pada tahun 1980-an dengan bekerja di sebuah syarikat penerbitan majalah wanita Mademoiselle di Manhattan.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Andy Spade, abang kepada pelawak selebriti David Spade, pada 1994.

Pasangan itu bertemu di kolej ketika Kate pernah bekerja di sebuah butik pakaian.

Kedua-dua mereka melancarkan koleksi beg tangan Kate Spade pada tahun 1993 dan ia berkembang sepenuhnya menjadi rangkaian pakaian dan barangan kemas.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita