Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Perdana Menteri Sri Lanka jangka delegasi IMF tiba pada Jun 20

Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Sri Lanka jangka delegasi IMF tiba pada Jun 20

Logo Tabung Kewangan Antarabangsa. (Gambar: AFP)

MOSCOW: Misi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan tiba di Colombo pada 20 Jun untuk berunding mengenai krisis politik dan ekonomi negara itu, lapor agensi berita Sputnik.

Memetik Pejabat Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe, Colombo Gazzete pada Jumaat (10 Jun) melaporkan Encik Wickremesinghe berharap perjanjian di peringkat kakitangan dengan misi IMF itu akan dicapai menjelang hujung bulan ini.

Jurucakap IMF Gerry Rice pada Khamis (9 Jun) berkata misi itu merancang untuk melawat Sri Lanka dalam beberapa minggu akan datang untuk perbincangan dasar berikutan krisis ekonomi berterusan yang menjejaskan keupayaan negara itu untuk memenuhi kewajipan kewangan antarabangsanya.

Lawatan itu akan meneruskan lagi perbincangan teknikal yang berlangsung pada Mei, katanya lagi.

Sri Lanka sedang dicengkam kebuntuan politik yang disebabkan oleh krisis ekonomi terburuk negara itu sejak mencapai kemerdekaan pada 1948.

Pada pertengahan April, Sri Lanka gagal membayar hutang luar negerinya untuk tempoh sementara, yang ditangguhkan sehingga penstrukturan semula hutang di bawah pelarasan ekonomi yang disokong oleh program IMF.

Pinjaman luar negara Sri Lanka dianggarkan bernilai AS$51 bilion.

Kemelesetan itu disebabkan oleh kekurangan pertukaran asing berikutan sekatan ke atas aktiviti pelancongan semasa pandemik COVID-19.

Ia turut menyebabkan negara itu tidak dapat membeli bahan api yang mencukupi, dengan orang ramai menghadapi kekurangan teruk bekalan makanan dan keperluan asas, bahan api pemanas dan gas.
Sumber : Bernama/AW/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan